Jangan suka cakap kosong

- Advertisement -

AKHBAR Sin Chew melaporkan Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor mendakwa segolongan besar pengundi PAS di Kelantan dan Terengganu sedang giat menukar alamat mengundi mereka ke Selangor.  

Beliau desak SPR agar menghalang proses ini kerana mereka katanya telah nengundi di DUN pada PRU15. Bagaimana mereka boleh tentukan keputusan PRU15 dua kali.

Saya yang pada asalnya segar pagi ni berubah jadi bingung setelah membaca beberapa kali kenyataan beliau.

Malang inikah taraf Pengarah Komunikasi yang mampu PKR Selangor lahirkan?

Yang pertama kebebasan dan ketelusan SPR sebagai badan mengurus dan mengendalikan proses demokrasi berparlimen di Malaysia tidak pernah dipertikaikan malah mereka sentiasa menambah-baik kaedahnya sehingga hari ini muncul sebagai pengurus pilihan raya antara yang terbaik di rantau ini.

Datang pegawai PKR ini mempertikaikan cara SPR bekerja. Operasi SPR cukup canggih di waktu ini, tiada mana-mana warganegara yang yang layak mengundi boleh mengundi di dua tempat berlainan dalam satu PRU.

Kedua kalau pun betul tuduhan beliau ini ada bukti ke? Ada bukti mereka yang tukar alamat ke Selangor itu sebelum ini mengundi PAS di Kelantan dan Terengganu sebagaimana dakwa beliau. Jangan cakap kalau tiada bukti.

Ketiga yang lebih lucu tidakkah beliau sedar bahawa Kelantan, Terengganu dan Selangor hanya punya PRU Parlimen ke-15 tempoh hari. Tiada PRN, sekarang baru mahu PRN. Lantas mana ada undi dua kali? Rakyat Malaysia berhak mengundi untuk Parlimen dan DUN (kecuali WP) sekali setiap penggal PRU, apa masalah?

Janganlah cipta cerita sesuka hati kerana ia hanya akan mencerminkan betapa lemah dan longgarnya parti saudara.

Jelas beliau sebenarnya telah merasai riak-riak Gelombang Hijau bakal membadai Selangor dalam PRN ke-15 ini sekali lagi. Lalu taburlah apa yang mampu konon untuk menggagalkannya. 

Insya-Allah rakyat Selangor khasnya pengundi Melayu cukup matang dan tidak sabar mahu buat perubahan.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 14/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -