Fitnah biadab terhadap guru KAFA

Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan dakwaan guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) berpolitik dan mempengaruhi murid adalah fitnah biadap.

- Advertisement -

Beliau menyatakan demikian susulan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) semalam mendakwa di Dewan Rakyat bahawa guru-guru KAFA berpolitik di sekolah mempengaruhi anak murid.

“Ini adalah fitnah biadap terhadap guru-guru KAFA. Dakwaan ini keterlaluan, dan ia membayangkan sikap sebenar PH-BN terhadap guru-guru agama dan pendidikan agama,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau petang semalam.

Beliau menegaskan bahawa guru-guru KAFA berhempas pulas mendidik anak-anak mengenai asas-asas agama.

Tambah Wan Saiful, sepatutnya kerajaan mencari jalan memperjuangkan kebajikan guru-guru KAFA dan menaikkan elaun bulanan mereka. 

Katanya, jika sekalipun tidak mahu hormat kepada pendidik agama, janganlah sampai menghina dan memfitnah mereka.

Justeru, ujar beliau PH-BN mesti segera memohon maaf kepada semua guru KAFA seluruh negara.

“Jika tiada permohonan maaf, maksudnya PH-BN menyokong fitnah terhadap pendidik agama negara kita,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 14/3/2023

- Advertisement -