Umat Islam kuasai dunia ketika pemimpin dipandu al-Quran

- Advertisement -

KOTA BHARU: Umat Islam pernah menguasai dunia selama 13 abad kerana pemimpin ketika itu sentiasa dipandu al-Quran sama ada ketika lemah atau ketika kuat.

- Advertisement -

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, umat Islam perlu tahu rahsia kekuasaan ummah ketika itu.

“Namun selepas ajaran al-Quran semakin ditinggalkan atau diambil hanya sebahagian, kelemahan mulai ketara berlaku dan ketika itu tiada lagi kekuasaan yang berpandukan al-Quran.

“Maka zaman kemunduran Islam sukar untuk dielakkan, umat Islam terus berpecah belah sehingga kesatuan umat Islam seumpama buih dilautan,” katanya ketika merasmikan majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri 2023.

Program tahunan itu diadakan di Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra Panji malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Menteri Besar berkata, umat Islam harus sedar dan perlu kembali kepada al-Quran yang merupakan petunjuk sebenar kehidupan manusia di dunia.

Menurutnya sekiranya semua pihak bermuhasabah dan merenungi peringatan-peringatan Allah yang dinyatakan dalam al-Quran, sudah pasti manusia akan dapat hidup aman damai di bawah panji Islam.

Kata beliau juga majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat negeri berjaya melahirkan makna yang besar dalam kehidupan umat Islam. – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -