Percepatkan bayaran peguam YBGK

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan perancangan akses keadilan, bantuan dan bayaran yang diberikan kepada peguam di bawah Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berkata, jumlah penyelesaian kes jenayah di bawah YBGK pada tahun 2022 sebanyak 1,911,201 kes.

- Advertisement -

Kes itu, katanya, bermula daripada tangkapan, reman, pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah jenayah sampai di peringkat rayuan dan sebagainya.

“Jadi saya ingin tahu apakah perancangan daripada pihak kerajaan tentang akses kepada keadilan, bantuan dan begitu juga bayaran yang diberikan kepada peguam.

“Ini kerana ada juga bayaran kepada peguam ini yang mereka perolehi lambat walaupun mereka sudah lama buat kerja,” katanya pada perbahasan peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berharap perkara itu tidak menurunkan moral peguam ataupun mereka yang membantu dalam urusan YBGK.

“Memandangkan terlalu banyak kes hari ini yang kita lihat mereka memerlukan perhatian, bantuan dari soal untuk perundangan dan kes-kes ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -