Penyokong kerajaan pertikai peranan J-KOM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan hari ini, mempersoalkan peranan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri sama ada sebagai lidah kerajaan atau parti politik.

Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berkata, agensi itu sepatutnya menjadi lidah rasmi kepada kerajaan dan bukan parti.

- Advertisement -

“Saya mencadangkan adalah lebih baik kerajaan melantik semula bekas-bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang ditamatkan perkhidmatan oleh kerajaan sebelum ini.

“Mereka mempunyai banyak pengalaman dan itu perlu diambil kira bagi mengisi jawatan J-KOM yang ditubuh kerajaan Malaysia Madani sekarang,” katanya pada perbahasan peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

J-KOM sekarang diketuai bekas pensyarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Datuk Dr Muhamad Agus Yusoff, manakala kalangan pegawainya difahamkan termasuk aktivis Pakatan Harapan (PH).

Membangkitkan isu sama, Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) berkata, penubuhan J-KOM tidak dapat dinafikan lagi bagi tujuan politik. – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -