Mudahkan rakyat mengundi dalam PRN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) meminta Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan pada hari cuti atau Sabtu.

Beliau berkata, ini membolehkan agar semua pengundi dapat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk keluar mengundi.

- Advertisement -

“Kita tidak mahu mengulangi sejarah Pilihan Raya Kecil di Tioman, baru-baru ini, kita tengok keluar mengundi hanya 58.39 peratus.

“Berikan hak kepada pengundi terutama mereka nak pulang dari negeri yang jauh,” katanya dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, Naib Presiden PAS membangkitkan subsidi pengurusan kuarters dan rumah rasmi kerajaan.

“Kita dapat melihat banyak hari ini, rumah kediaman untuk kakitangan kerajaan, terutama kuarters Kementerian Pendidikan yang dibina, kebanyakan tidak digunakan.

“Mungkin dulu dibuat hanya semata-mata nak buat, tapi tidak memikirkan tentang keperluan untuk diadakan kuarters tersebut,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -