Gaji minimum naik, harga barang juga naik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji minimum RM1,500 secara keseluruhan pada 1 Julai ini dikhuatiri masih tiada keseimbangan dengan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Ir Ts Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berkata, walaupun pelaksanaan gaji minimum akan meningkatkan pendapatan rakyat, namun tidak berguna jika harga barang turut meningkat.

- Advertisement -

“Justeru itu, apakah tindakan kerajaan agar perkara sama tidak berulang? Walaupun naik gaji minimum, tetapi harga barang semakin naik, jadi kuasa pembeli semakin berkurangan.

“Apakah perancangan jangka masa panjang, daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk kita mencari punca supaya perkara ini dapat diselesaikan, khususnya untuk meningkatkan pendapatan isi rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, timbalan menterinya, Senator Fuziah Salleh, berkata situasi itu diyakini dapat diselesaikan jika mata wang Malaysia kembali meningkat dan stabil.

“Apabila nilai mata wang meningkat, kita juga mengawal harga barang walaupun kita tidak boleh kawal semuanya,” katanya.

Bagi jangka masa panjang pula, kata Fuziah, ia memerlukan peranan daripada kementerian-kementerian, terutama Kementerian Ekonomi dalam inisiatif pendapatan rakyat. – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -