Formula undi tumbangkan Kerajaan PH di Selangor

- Advertisement -

PERKEMBANGAN politik tanah air hari ini memberi impak positif kepada kecenderungan sokongan politik rakyat Selangor untuk bersama PERIKATAN NASIONAL.

Gelombang perubahan yang mula diterjemahkan dalam PRU15 baru-baru ini adalah satu kejayaan PERIKATAN NASIONAL Negeri Selangor apabila pertembungan 3 penjuru di antara tiga gabungan besar parti politik memberikan kemenangan 6 Parlimen kepada PERIKATAN NASIONAL dan melenyapkan semua calon Parlimen BN dari Radar PRU15 Negeri Selangor. PH berjaya dengan jumlah 16 Kerusi Parlimen. 

Selangor yang cukup dikenali sebagai kubu kuat PH akan pasti menjadi cabaran yang cukup besar buat PERIKATAN NASIONAL. 

Kejayaan besar PH ni akan pasti tergugat dan mereka terpaksa menghadapi risiko peralihan kecenderungan sokongan pengundi mereka apabila PH membuat keputusan bersama dengan BN yang menjadi musuh politik sejak sekian lama. 

Beberapa tindakan campur tangan politik dalam urusan yang tidak sepatutnya kini telah berlaku, melantik Timbalan Perdana Menteri dari seorang yang cukup dibenci oleh penyokong-penyokong PH, janji manifesto yang ditaburkan dalam pilihan raya merupakan retorika politik dan dilihat PH menipu para pengundi mereka. 

Begitu juga, penyokong BN yang agak kurang selesa dengan keputusan bersama dengan DAP, krisis dalaman memuncak dengan beberapa Top Gun mereka dipecat dan dikenakan tindakan disiplin, watak Zahid Hamidi merupakan satu liabiliti buat mereka dan mereka tidak mampu lagi menanggung beban liabiliti itu.

Berbanding dengan prestasi PERIKATAN NASIONAL yang kini dilihat cukup kuat dengan kesepaduan sebagai oposisi kepada kerajaan. Umumnya melihat PERIKATAN NASIONAL berjaya menjuarai isu rakyat dan memperjuangkannya.

Perdana Menteri ke-10 (PMX) sudah dikenali sebagai Perdana Menteri kuat saman ini terbukti tindakan undang-undang digunakan sebagai satu tekanan politik kepada pimpinan politik. Content Creator yang mengkritik pihak kerajaan kini dikejar dan disiasat. Laungan kebebasan bersuara satu omongan kosong. 

Sikap tidak bersedia menerima kritikan rakyat khususnya dari kalangan anak muda dan cepat koyak ini memperlihatkan kelemahan Kerajaan Campuran PH BN. 

Jika pihak PH dan BN menggunakan Formula PH+BN ia akan memberi kelebihan kepada PERIKATAN NASIONAL dalam pertembungan  PRN Negeri Selangor nanti. 

Ini kerana Pengundi PH dan BN akan beralih sokongan mereka kepada PERIKATAN NASIONAL disebabkan tindakan BN bersama DAP dan PH bersama BN. 

Ini sudah terbukti di Parlimen Padang Serai yang mana Formula PH+BN pasca pembentukan Kerajaan Campuran menyebabkan kubu kuat PH selama ini tumbang dan rakyat menyerahkan mandat kepada PERIKATAN NASIONAL.

Kita perlu yakinkan pengundi PERIKATAN NASIONAL adalah mandat mereka untuk dibawa dalam Dewan Undangan Negeri. 

USTAZ HANAFI ZULKAPLI – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -