Dakwaan pimpinan PAS tak hadir AGM Bersatu tersasar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dakwaan pimpinan PAS tidak menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kali Kelima Tahun 2022 adalah tidak tepat.

- Advertisement -

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Najihatussalehah Ahmad, tidak dinafikan ramai pimpinan yang tidak dapat hadir tetapi masih ada yang memenuhi jemputan tersebut.

“Ustazah Nuridah dan Dr Nurul Hani hadir ke majlis Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu semalam. (Foto atas)

“Pada masa yang sama pimpinan Ameerah pusat juga turut hadir dalam Mesyuarat Agung Srikandi Muda Bersatu,” katanya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, ada media membuat spekulasi kononnya ketiadaan pemimpin PAS pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kerana ingin keluar daripada Perikatan Nasional.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menjelaskan, pemimpin PAS tidak dapat hadir pada perhimpunan berkenaan disebabkan terpaksa memenuhi mesyuarat agung tahunan di kawasan masing-masing.

“Sememangnya banyak kawasan yang terlibat dengan mesyuarat agung PAS kawasan tapi alhamdulillah (ada sesetengah) pimpinan PAS dapat juga menghadirkan diri ke Perhimpunan Agung Bersatu semalam,” kata Najihah. – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -