Cukupkah kakitangan SPRM siasat kes rasuah?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, mempersoalkan keupayaan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan pertambahan kes rasuah.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berkata, memgikut maklumat SPRM mempunyai kira-kira 3,000 kakitangan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya 30 peratus atau 900 orang bertugas di Bahagian Siasatan.

- Advertisement -

“Adakah jumlah itu sudah mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa SPRM dalam mencegah dan menyiasat kes rasuah yang kelihatan semakin banyak ketika ini?,” katanya ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Fadhli juga meminta kerajaan menjelaskan perancangan untuk memenuhi janji dalam manifesto bahawa pencalonan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang anggotanya dwipartisan.

“Sampai hari ini, kita tidak dapat melihat lagi apakah `roadmap’ ke arah itu supaya orang melihat pendakwaan yang dibuat oleh SPRM bukan bermotifkan politik.

“Kes-kes yang lapuk dibiarkan, tetapi kes baharu disiasat begitu cepat dan didakwa di mahkamah, sedangkan kes yang disebut-sebut sebelum Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15) nampaknya sudah disapu ke bawah karpet,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -