Perkukuh dan perkemaskan gerak kerja akar umbi

- Advertisement -

DENGAN berakhirnya mesyuarat agung pada hari ini, ini bererti ruang bermuhasabah dan   menentukan kepimpinan dewan-dewan dan PAS peringkat kawasan telah dimuktamadkan.

Tahniah kepada semua perwakilan peringkat kawasan yang telah menunaikan tanggungjawab dengan memberi komitmen mengikuti setiap aturcara dan peraturan sepanjang perjalanan mesyuarat agung pada tahun ini. 

Kepimpinan peringkat kawasan dan cawangan bertanggungjawab untuk membawa usaha pengukuhan dan memperkemaskan gerak kerja di peringkat cawangan-cawangan. 

Sentuhan kepimpinan yang memberi fokus dalam usaha ini akan membantu kejayaan melahirkan pelapis dan mengembangkan agenda perjuangan sehingga mampu memastikan gelombang kebangkitan rakyat bersama perjuangan dapat digerakkan dari bawah. 

Secara organisasi kita semua bertanggungjawab: 

1. Berusaha dan memastikan cawangan kita telah terbentuk jawatankuasa yang lengkap. 
2. Mengadakan mesyuarat bulanan untuk merancang gerak kerja dan sentiasa mendapatkan laporan gerak kerja.
3. Mengadakan usrah di rumah ahli secara giliran. 
4. Mengadakan aktiviti bersama masyarakat dalam sekala kecil.
5. Meletakkan sasaran bulanan untuk mencari ahli baru. 
6. Merancang rehlah dan family day PAS Cawangan. 
7. Menziarahi ahli-ahli yang ditimpa musibah dan keuzuran. 
8. Menganjurkan program ziarah kebajikan.
9. Menganjurkan program ceramah berkelompok bagi penerangan isu-isu semasa. 
10. Perbanyakkan aktiviti-aktiviti anak muda di Cawangan. 

Cukuplah, dengan saya letakkan 10 aktiviti wajib dan perlu diusahakan oleh kita semua yang berada di kawasan dan cawangan. 

Letakkan dalam jiwa kita, ‘akanku tinggalkan sesuatu yang baik buat penyambung perjuangan  Parti Islam Se-Malaysia PAS’.

USTAZ HANAFI ZULKAPLI – HARAKAHDAILY 12/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -