Mangsa kebakaran mohon bantuan

Bina semula tempat tinggal baharu

- Advertisement -

KEJADIAN kebakaran besar di Kampung Wireless pada Jumaat (10 Mac 2023) lalu menyebabkan ramai mangsa kehilangan tempat tinggal. Kampung Wireless merupakan sebuah perkampungan asal orang Melayu atau Melanau tertua di Miri yang terletak di tengah-tengah bandaraya Miri.

PAS Sarawak amat bersimpati dengan nasib penduduk yang kehilangan tempat tinggal mereka akibat kebakaran tersebut. Kebanyakan penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila tidak sempat menyelamatkan barangan berharga termasuk perabot serta peralatan rumah.

PAS Sarawak menggesa agar pihak berkuasa dapat menyediakan tempat tinggal dan diberi bantuan khas untuk membina semula rumah untuk mereka meneruskan kehidupan harian seperti biasa.

Bulan Ramadan menjelang tiba dan akan disusuli dengan bulan Syawal yang mana mereka perlu diberi perhatian agar dapat membina semula kediaman di tapak yang sama.

Ada di antara mereka yang mengadu sampai bila mereka perlu menginap di Pusat Pemindahan, mereka amat memerlukan tempat tinggal yang lebih selesa supaya dapat menjalani aktiviti seharian seperti biasa.

Kami mencadangkan kepada pihak berkuasa agar mereka yang terlibat dalam kebakaran diberi bantuan khas untuk membina semula rumah mereka atau mereka diberi lot rumah untuk membina rumah sendiri.

PAS Sarawak turut menyumbang bantuan untuk mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan di balai raya Lerang Bukit.

Semoga pihak berkuasa dapat memberi pertimbangan sewajarnya kepada mangsa dengan segera. Kerjasama dengan pihak berkuasa bagi meringankan beban mangsa kebakaran amatlah dihargai.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Fire victims ask for help rebuilding a new home

The big fire at Kampung Wireless on Friday (10 Mac 2023) left many victims homeless. Kampung Wireless is the oldest village of Malay/Melanau in Miri situated in the middle of the city of Miri.

PAS Sarawak is very sympathetic to the plight of the residents who lost their homes due to the fire. Most victims become homeless when they had no time to save valuable items, such as furniture and appliances.

PAS Sarawak urges the authorities to provide shelter and special assistance to rebuild the houses so that they can carry on their daily lives as usual.

The month of Ramadan is approaching and will be followed by the month of Syawal which they need to pay attention to so that they can rebuild their homes on the same site.

Some of them complain that how long they have to stay at the “Pusat Pemindahan”, they really need a more comfortable place to live so that they can carry out their daily activities as usual.

We suggest to the authorities that those involved in the fire should be given special assistance to rebuild their houses or they should be given house lots to build their own houses.

PAS Sarawak also contributed aid to the fire victims at the community hall “Pusat Pemindahan” Lerang Bukit.

Let us hope that the authorities can give due consideration to the victims right away. Cooperation with the authorities to ease the burden of the fire victims is greatly appreciated.

JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS commissioner – HARAKAHDAILY 12/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -