Kerajaan cari alasan tunjuk hebat, Muhyiddin mangsa petama

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pendakwaan ke atas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai alasan untuk menutup kegagalan kerajaan pada hari ini.

- Advertisement -

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mendakwa, kerajaan hari ini hanya mencari alasan untuk menunjukkan kehebatan dengan menjadikan Muhyiddin sebagai mangsa pertama.

Beliau berkata, hari ini terdapat pelbagai usaha untuk merosakkan kredibiliti Muhyiddin, sekali gus meranapkan imej Bersatu.

“Mereka adalah pihak yang gagal, yang mahu nampak hebat tetapi mahu menggagalkan orang lain juga.

“Mangsa pertama adalah Muhyiddin dan mereka mahu tunjukkan parti ini tidak bagus dengan memburukkan-burukkan imej Muhyiddin.

“Tetapi mereka silap, silap menjolok sarang tebuan. Jangan dijolok sarang tebuan nanti sakit, umur pula tidak panjang,” katanya dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Kelima Bersatu, hari ini.

Radzi berkata, Bersatu tidak akan melontarkan sebarang janji kepada rakyat sekiranya ia tidak mampu ditunaikan dan membawa kesukaran kepada rakyat.

“Apabila Muhyiddin naik menjadi Perdana Menteri, kita tidak mempunyai menifesto. Kita tidak pernah berjanji atau melontarkan janji tetapi rakyat boleh melihat bagaimana kita membawa negara keluar daripada tempoh pandemik 2019.

“Malah, kita juga tidak berjanji untuk hapuskan hutang peneroka tetapi kami buat kerana perkara itu baik,” katanya. – bersatu.org

- Advertisement -