MPT Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin

Dato’ Seri Hamzah Zainudin
- Advertisement -

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara menolak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai presiden parti itu.

- Advertisement -

Setiausaha Agung Bersatu, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, mesyuarat khas MPT yang dipengerusikan Muhyiddin, semalam menolak peletakan jawatan itu.

Ini, jelasnya kerana MPT menegaskan bahawa pertuduhan ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi.

“MPT memohon semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian yang besar terhadap Presiden dan parti Bersatu dengan fitnah dan kezaliman,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan, yang dikeluarkan di sini malam tadi.

Katanya, mesyuarat khas itu menerima laporan sayap Srikandi dan Armada, yang selesai mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) mereka.

MPT juga, ujarnya mengucapkan tahniah kepada sayap baharu Srikandi Muda yang juga telah berjaya menganjurkan konvensyen mereka yang pertama semalam. – HARAKAHDAILY 12/3/2023

- Advertisement -