Besarnya peranan golongan muda teruskan perjuangan Islam

- Advertisement -

BESARNYA peranan golongan muda dalam meneruskan perjuangan Islam.

- Advertisement -

Allah SWT melantik para nabi pada umur 40 tahun. Semua nabi dilantik menjadi rasul pada umur 40 tahun kecuali Nabi Isa AS yang dilantik pada umur 30 tahun.

Ini menandakan ramai para pengikut nabi dan sahabatnya yang berumur bawah daripada 40 tahun.

Firman Allah SWT:

‎وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةࣲ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan. (Al-Anfal: 60)

Orang Islam mesti menyediakan kekuatan. Sediakan kekuatan sekadar kemampuan.

Sekiranya kita menyediakan kekuatan sekadar kemampuan yang ada pada kita walaupun kekuatan tenaga, harta dan alatan lawan kita berlipat kali ganda, Allah SWT boleh memberi pertolongan dengan syarat kita ikhlas.

Nabi SAW sangat memberikan penekanan dalam membina kekuatan sehinggakan Nabi SAW berjalan, berlumba, menunggang kuda sendiri.

Dalam masa yang sama baginda menganjurkan kepada para sahabat supaya bersukan bagi membina kekuatan diri dan jasad.

Oleh kerana itu kita menganjurkan sukan kepada anak-anak muda sebagai satu langkah untuk menambah kekuatan fizikal yang menyihatkan tubuh badan dan juga mendapat pahala.

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Gathering ARC Terengganu 2023
11 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 11/3/2023

- Advertisement -