Lawan kezaliman terhadap Muhyiddin – Nuridah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rakyat sudah lagi tidak berpuas hati terhadap tindakan terkini kepimpinan PH-BN erhadap bekas Perdana Menteri Malaysia,ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi berkata, tindakan sedemikian hanya bertujuan untuk menutup kelemahan kepimpinan yang dilakukan oleh pemerintahan PH-BN yang jelas menurutnya adalah kezaliman yang ‘terang lagi bersuluh’

- Advertisement -

Beliau yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia berkata, “Kita sebagai rakyat mesti kena tetap teguh melawan segala kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah PH-BN dan kita berharap Perdana Menteri Ke-10 terkini (PMX) yang bercita-cita untuk mewujudkan pemerintahan secara Madani – yang mana Madani sebenarnya satu makna yang sangat baik iaitu mengikut kepimpinan yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW di bumi Madinah. 

“Maka, kita harap sangat beliau memikirkan kembali. Tidak salah kalau dah terasa perkara yang dibuat itu tak betul kita buat kepada kebenaran; dan kita semua rakyat sebenarnya mahukan kestabilan kepada negara kita serta tidak mahu huru-hara.”

Tambah Nuridah, PMX yang telah diberi mandat seharusnya memimpin secara amanah dan keadilan kepada semua rakyat dan perlu ditegaskan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah menjadi Perdana Menteri Malaysia, bukannya Perdana Menteri untuk Parti PH dan BN.

“Rakyat mengiktiraf dan wajib menyokong perkara betul yang dilakukan dalam kepimpinan PMX tetapi jika pemerintahan beliau (PMX) sendiri bersifat politik memilih bulu dan membuat sesuatu yang tidak boleh diterima (termasuklah membuat fitnah terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin), maka (kita) perlu bangkit untuk menentang kezaliman dan berani mempertahankan kebenaran,” tegasnya.

Terdahulu, Muhyiddin telah ditahan oleh SPRM selepas mengunjungi ibu pejabat badan itu di Putrajaya pada jam 11.15 pagi semalam ketika memberi keterangan atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram, sebelum dibebaskan pada jam 8:20 malam.

Sementara, beliau menghadiri  perbicaraan  di Mahkamah Kuala Lumpur pada hari ini tetapi berjaya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta, diarahkan untuk menyerahkan pasport beliau kepada pihak Mahkamah Kuala Lumpur, dan perbicaraan akan bersambung pada Isnin (13 Mac) ini. – HARAKAHDAILY 10/3/2023

- Advertisement -