Cagar wang KWSP sebagai pinjaman bank

- Advertisement -

APA lagi yang orang PN nak? Dulu PN buat ni semua unilateral, untung sebelah rakyat saja. Asyik tak puas hati saja semua orang kan, sampai PH bangun perjuangkan. 

Jangan kata PH, Ketua Pemuda Umno yang Perdana Menteri dari Umno pun bangun menentang PN. Sampaikan dia kalah tiga kali PRU, tapi masih tak kisah, tetap tegas menentang PN. Hebatkan dia, berjuang untuk rakyat. PN ada apa?

Sekarang ni, Perdana Menteri ke-10 (PMX) buat colateral, dua-dua untung. Rakyat boleh keluar duit, bankpun untung juga, ambil sikit duit rakyat itu jadikan interest. Interestingkan? Mulia tak hati PMX? Itulah yang kau orang tak dapat kenal hati budi PMX kita. Kita kena sayang Perdana Menteri ketat-ketat.

Takkanlah kita nak tamak, fikir diri sendiri saja. Bank nak juga hidup, nak bayar gaji pekerja, rakyat Malaysia juga, nak bayar sewa bangunan, nak buat aset, nak untung berbilion-bilion macam yang lepas-lepas. 

Bankpun nak bagi sampul duit raya pada pelanggan, pelanggan itu kau orang semualah. Kan dah dekat nak puasa ni. Nanti bank tak bagi sampul, kau pula kata bank kedekut pula, viral sana sini. Semua itu kena fikir. 

Kesianlah dekat bank juga, jangan kesian dekat rakyat saja. Asyik-asyik nak bela B40, asyik-asyik B40. Yang T20 nak juga habuan dia. Dia rakyat Malaysia juga kan?

Dulukan PH kata PN ni untungkan bank saja, tak sambung moratoriumlah, tak bagi KWSP tambahan. Nah, sekarang, PH nak buktikan yang PH jaga rakyat dan bank. Untuk kestabilan ekonomi sejagat. Ringgit dah jatuh sekarang ni, jadi Perdana Menteri nak cover balik dengan cadangan ni.

Dulukan, PMX orang gelar Harimau Ekonomi Asia. Tak macam Tun, orang panggil Harimau Kertas. Bezakan keadaan ekonomi zaman dua orang Perdana Menteri ini. Memang PN ni tak puas hati saja kerjanya.

MOHD NASIR ABDULLAH
10 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 10/3/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -