Sediakan insentif pemain industri pelancongan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tuan Guru Zulkifli Ismail (PN-Jasin) meminta penjelasan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, berhubung pemberian insentif bersasar kepada pemain industri pelancongan.

Beliau berkata, pemberian insentif bersasar bertujuan bagi menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam sektor pelancongan.

- Advertisement -

Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, kerajaan tidak mempunyai bantuan secara khusus dari segi bantuan geran atau kewangan.

“Bab bantuan yang ditanya oleh Yang Berhormat Jasin, kita tidak ada secara khusus bantuan dari segi geran atau bantuan dari segi kewangan,” katanya menjawab soalan tambahan ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Namun pada pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini, Khairul Firdaus berkata, kerajaan telah mengumumkan dan pakej ini boleh dimanfaatkan oleh penggiat industri, antaranya adalah kemudahan automasi dan digital Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh Bank Negara Malaysia.

“Program transformasi pendigitalan PKS oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan dana impak Khazanah Nasional dalam media digitalisasi dan teknologi tinggi dengan tumpuan khas bagi menyokong syarikat pengeluar dan modal insan tempatan,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/3/2023

- Advertisement -