Makanan: Permintaan dalam negara diukur melalui PCC

Wan Razali Wan Nor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Permintaan dalam negara boleh diukur melalui penggunaan perkapita (PCC) merujuk kepada jumlah penggunaan makanan oleh setiap penduduk dalam setahun.

- Advertisement -

Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada tahun 2021, PCC bagi beras adalah 79.0 kg, telur ayam adalah 342.6 biji, ayam sebanyak 46.1 kg dan daging adalah 5.5 kg.

Katanya, daripada nilai PCC tahunan itu dianggarkan purata keperluan komoditi tersebut bagi tempoh sebulan ialah beras sebanyak 200,000 tan metrik, telur ayam (969 juta biji), ayam (125,350 tan metrik) dan daging sebanyak 19,075 tan metrik.

KPKM menyatakan kemampuan sesebuah negara untuk memenuhi keperluan domestik melalui pengeluaran tempatan diukur melalui kadar sara diri (SSR).

Tambahnya, pencapaian SSR tahun 2021 bagi komoditi terpilih adalah beras sebanyak 65 peratus, telur ayam 114.4%), daging ayam (99.9%) dan daging lembu/kerbau (18.9%).

“Keperluan bekalan makanan domestik boleh dipenuhi sama ada melalui pengeluaran tempatan atau sumber import,” ujarnya dalam soalan jawapan bertulis kepada soalan Wan Razali Wan Nor [PN-Kuantan] di Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Razali meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan jumlah permintaan dalam negara dan kadar pengeluaran dalam negara bagi sumber makanan asas seperti beras, telur, ayam dan daging merah.

Pada tahun 2021, ujar KPKM keperluan domestik bagi beras dan daging lembu/kerbau ditampung melalui import iaitu beras sebanyak RM2.38 bilion dan daging lembu/kerbau ialah RM2.41 bilion. – HARAKAHDAILY 9/3/2023

- Advertisement -