Imam masjid ditahan kutip derma secara haram

Sebuah masjid yang terletak di timur Riyadh, Arab Saudi. (FOTO: Illamecca)
- Advertisement -

RIYADH: Pasukan penyelia di Kementerian Hal Ehwal Islam, Seruan dan Bimbingan telah menahan imam sebuah masjid yang terletak di timur Riyadh kerana mengutip derma dalam bentuk wang dan barangan

Didapati imam tersebut mengambil kesempatan daripada kemudahan masjid dan membina tempat perlindungan sementara yang diperbuat daripada besi untuk menyimpan bahan makanan yang dikumpul melanggar peraturan, lapor Saudi Gazette.

- Advertisement -

Imam itu didakwa melanggar pekeliling yang dikeluarkan kementerian berhubung larangan mengutip derma dalam bentuk wang dan barangan kecuali melalui saluran rasmi yang dibenarkan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata bahawa pasukan penyelia membuat susulan mengenai kejadian itu dan mendokumentasikannya. 

Kes itu telah dirujuk kepada pihak berkuasa kompeten di kementerian untuk melengkapkan prosedur undang-undang terhadap pelanggar.

Sementara itu, kementerian itu turut  menyeru rakyat dan ekspatriat untuk bekerjasama dengannya dalam melaporkan, jika mereka mendapati ada pekerja masjid terlibat dalam mengutip derma, dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Penerima (1933) kementerian atau memaklumkan cawangan kementerian di pelbagai wilayah di seluruh Kerajaan. 

“Pihak kementerian menekankan kepentingan peranan rakyat dan penduduk dalam mencapai mesej kami dan matlamat amnya,” ujar kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 9/3/2023

- Advertisement -