Permohonan permit umrah Ramadan 1444 dibuka

Photo used for illustration purposes only.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi pada Rabu mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan 1444H kini dibuka.

- Advertisement -

Kementerian itu menerusi kenyataan dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, permohonan itu terbuka kepada semua warga Saudi dan warga asing dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi telefon pintar “Nusuk” atau “Tawakkalna” dengan syarat pemohon bebas jangkitan Covid-19 dan bukan kontak rapat kepada mana-mana pesakit Covid-19”, katanya.

Kenyataan itu turut menambah bahawa permit umrah bagi warga asing sah laku sehingga 90 hari, di samping mengingatkan para jemaah agar tidak tinggal di Arab Saudi melebihi tempoh berkenaan. – BERNAMA

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -