Merampas kerajaan?

- Advertisement -

NAMPAK kebimbangan Kerajaan Anwar-Zahid terhadap kenyataan politik Tuan Guru Presiden PAS (TG) berkaitan prosedur biasa berkaitan ‘merampas’ kerajaan. TG menyebut soal kebiasaan berlaku dalam politik undi tidak percaya, SD dan penyokong kerajaan berpaling tadah.

Kenyataan TG jelas, menyebut berkaitan tanda-tanda menunjukkan dalam Kerajaan Campuran ada perasaan tidak puas hati antara komponen kerajaan. Apa-apa sahaja tidak mustahil berlaku.

Dalam negara demokrasi, apa lagi Raja Berperlembagaan, jatuh atau naik kerajaan dalam apa jua bentuk yang dibolehkan. Tidak timbul soal ‘merampas’, apa lagi melanggari titah YDPA kerana Raja Berperlembagaan menjunjung demokrasi. Langsung tidak bercanggahan.

Fungsi semak imbang sebagai pembangkang tidaklah boleh menghentikan usaha-usaha ‘merampas’ kerajaan melalui pilihan raya sahaja tetapi cara lain termasuk Parlimen dan cara lain yang dibolehkan. 

Tiada siapa berhak menghalang usaha ke arah ‘merampas’ kerana pihak kerajaan juga sentiasa merancang memburukkan negeri-negeri pembangkang dan cuba ‘merampasnya’ juga. Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 8/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -