Masalah struktur ekonomi Malaysia: ‘Premature Deindustrialization’

- Advertisement -

KETIKA Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) pada 1 Mac 2023 yang lalu, saya telah membangkitkan suatu isu, iaitu Deindustrialisasi Pramatang (Premature Deindustralization) yang berlaku di Malaysia.

Deindustrialisasi Pramatang ialah satu proses perubahan sosial dan ekonomi yang disebabkan oleh penyingkiran atau pengurangan keupayaan atau kegiatan industri di sesebuah negara.

Sejak awal tahun 2000, ekonomi Malaysia tertumpu kepada pelbagai sektor perkhidmatan seperti kewangan dan pelancongan bersamaan dengan 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sektor pengeluaran pula menguncup daripada 30 peratus ke 22 peratus dari KDNK Malaysia.

Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia telah mengalami Deindustrialisasi Pramatang (Premature Deindustralization). Kita perlu perbetulkan struktur ekonomi Malaysia melalui:

(a) Menambah jumlah produk akhir (end-product), bukan hanya menambah jumlah pekerjaan. 

(b) Membina kluster atau jaringan Ekonomi bagi produk akhir (end-product) tersebut.

(c) Menjadikan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sebagai tunjang dengan menyemak semula mandat dan peranan asal penubuhan.

Namun begitu, saya tekankan sekali lagi, kerajaan perlu menetapkan hala tuju, sektor tumpuan, strategi, dan seterusnya pembinaan kapasiti.

YB WAN AHMAD FAYHSAL
Ahli Parlimen Machang – HARAKAHDAILY 8/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -