JPS Perak mempunyai 145 buah pam bergerak

Datuk Idris Ahmad

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak mempunyai 145 buah pam bergerak.

Advertisement

Menurutnya, daripada 145 buah pam tersebut, 96 buah adalah milik kerajaan negeri dan baki adalah milik kerajaan persekutuan.

Katanya, sebahagian besar pam-pam bergerak tersebut ditempatkan secara sementara di pelbagai lokasi yang berisiko banjir termasuk kawasan padi dan sebahagian lagi dalam siap siaga di stor-stor daerah JPS Negeri Perak.

“Bagi JPS Daerah Kerian, terdapat 21 buah pam bergerak ditempatkan di kawasan sawah padi,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Idris Ahmad [PN-Bagan Serai] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Idris dalam soalannya meminta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan jumlah pam-pam bergerak yang disediakan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengurangkan risiko banjir terutama di kawasan sawah padi. – HARAKAHDAILY 8/3/2023