Berita Muhyiddin ditahan di padang golf palsu

Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan berita beliau ditahan di padang golf hari ini yang disebarkan oleh sebuah portal berita adalah palsu.

- Advertisement -

Katanya, hari ini beliau hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.

“Bagaimanapun esok, Khamis saya diminta ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11 pagi,” ujarnya menerusi Facebook beliau, malam ini. – HARKAHDAILY 8/3/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -