‘Ombudsman’: Tangani salah laku ahli politik, penjawat awam

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah kerajaan untuk mewujudkan sistem ‘ombudsman’ bagi menangani masalah salah laku dalam kalangan ahli politik dan penjawat awam termasuk pihak berkuasa.

- Advertisement -

Beliau selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan daripada Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi hari ini sebagaimana di bawah.

Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk mewujudkan sistem ‘ombudsman’ bagi menangani masalah salah laku dalam kalangan ahli politik dan penjawat awam termasuk pihak berkuasa.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan penjelasan pihak Kementerian mengenai perancangan masa hadapan penggunaan aset Pesawat Hercules C-130 oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memandangkan inventori pesawat pengangkut sedia ada sudah ditambah dengan aset Pesawat Airbus A400M serta usaha Kementerian mengimbangi perbelanjaan wang awam dalam masa yang sama memenuhi keperluan perkhidmatan TUDM.

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Ekonomi menyatakan jumlah kadar kemiskinan mengikut kaum, agama dan negeri dalam tempoh 10 tahun serta nyatakan usaha Kerajaan untuk menyelesaikan kadar kemiskinan ini.

Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan dasar Kerajaan bagi membangunkan institut pengajian tinggi (IPT) di kawasan-kawasan luar bandar yang ketinggalan dari aspek pembangunan.

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi menyatakan tindakan dan pelan strategi yang diambil bagi membantu peniaga pinggir jalan khususnya yang berniaga bukan sahaja di bandar-bandar tetapi juga di pinggir dan luar bandar.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan berapa jumlah potensi idea yang boleh dikomersialkan daripada pemenang- pemenang Program Malaysia Techlympics 2022 dan sejauh mana keberkesanan program ini.

Dr. Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Perdana Menteri menyatakan apakah rakyat mempunyai sebarang ruang untuk melakukan saman sivil kepada sindiket scammer.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Perdana Menteri menyatakan adakah pihak Kerajaan dalam perancangan untuk mempertimbang pelan penambahbaikan skim perkhidmatan awam khususnya melibatkan agensi penguatkuasaan seperti kastam, imigresen, maritim dan seumpamanya.

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan sumbangan yang diberikan oleh Kementerian bagi meningkatkan penglibatan bakal-bakal graduan di pusat pengajian tinggi dalam aspek keusahawanan bagi mengurangkan kebergantungan kepada tawaran kerja sama ada daripada pihak swasta atau Kerajaan.

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan langkah-langkah jangka masa panjang yang telah diambil oleh Kementerian dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup di negara ini.

Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah usaha Kementerian yang terkini dalam membantu usahawan-usahawan informal dan mikro yang masih terjejas akibat musim pandemik yang lampau dan kenaikan harga barang yang melampau sehingga menyebabkan kesukaran untuk usahawan ini memulakan semula perniagaannya.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status Yayasan Kepimpinan Perdana sekarang kerana didapati bekas Perdana Menteri ke-7 masih lagi berada di situ dan berapa perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan setiap tahun untuk Yayasan Kepimpinan Perdana ini.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan akan menyalurkan peruntukan kepada Kerajaan negeri yang berlainan parti dengan Kerajaan Persekutuan dan adakah setiap ahli Parlimen bukan Kerajaan akan mendapat peruntukan sebagaimana ahli Parlimen Kerajaan.

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan apakah tindakan Kementerian kerana rakyat sudah mula hilang sabar apabila berdepan masalah liputan telekomunikasi. Rakyat terpaksa bergerak ke beberapa lokasi, mencari kawasan yang ada liputan. Inilah senario terpaksa dihadapi rakyat yang sudah muak dengan masalah tiada berpenghujung itu.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Perdana Menteri menyatakan kesediaan Kerajaan untuk mempertimbangkan agihan peruntukan pembangunan kawasan Parlimen secara sama rata dan mekanisme bajet tersebut disalurkan.

Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Ekonomi menyatakan tahap intervensi Kerajaan (Government Intervention) dalam mengawal selia keperluan ekonomi Malaysia dalam menangani peningkatan kos sara hidup yang meresahkan rakyat serta mengurangkan paras kemiskinan tegar.

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan proses pemilihan Ketua Pesuruhjaya SPRM melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bersifat dwipartisan.

Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan langkah susulan, pantas dan paling berkesan ekoran peningkatan barang keperluan utama rakyat yang terus naik seperti tiada harapan untuk turun harga.

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah [Indera Mahkota] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan berhasrat mencadangkan elemen-elemen dan perkara-perkara khusus dalam Reformasi Parlimen. Adakah Kerajaan akan mencadangkan proses perundingan yang inklusif bagi merealisasikan agenda reformasi tersebut.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan perincian insentif berkaitan kenderaan elektrik yang disediakan oleh Kerajaan sebagai langkah untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG).

Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini Jawatan Kuasa Pasukan Petugas Khas berhubung isu perundangan Batu Puteh.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan bagaimanakah ‘ranking’ universiti dunia seperti QS dan THE yang disertai oleh universiti-universiti Malaysia mempengaruhi tahap pencapaian universiti dan kemenjadian siswazah.

Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Ekonomi menyatakan sejauh mana peranan dan tindakan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor (CIA) dalam mendepani pelabur asing dan juga projek berimpak tinggi.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Ekonomi menyatakan projek-projek mega yang akan diberhentikan bagi memberi laluan kepada projek-projek kecil yang memberi kesan kepada rakyat miskin tersisih.

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Perdana Menteri menyatakan status terkini projek pembinaan Masjid Changlun di Bukit Kayu Hitam yang tertangguh sekian lama dan bilakah kerja-kerja pembinaannya akan disambung semula. – HARAKAHDAILY 7/3/2023

- Advertisement -