Keputusan UPKK tahun 2022 Khamis ini

Datuk Hakimah Mohd Yusof
- Advertisement -

PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 akan diumumkan pada Khamis ini (9 Mac), kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

- Advertisement -

Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusof berkata keputusan UPKK Tahun 2022 itu boleh disemak bermula pukul 4 petang pada Khamis.

“Ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon melalui dua kaedah iaitu Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau di laman sesawang,” katanya.

Menerusi kaedah SMS, UPKKNo MyKid/No Kad Pengenalan KhasNo Angka Giliran dan hantar ke 15888, manakala laman sesawang adalah https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No MyKid/No Kad Pengenalan Khas dan No Angka Giliran.

Hakimah berkata ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula Jumaat (10 Mac) pukul 9.30 pagi. – BERNAMA

- Advertisement -