Isu pekebun kecil getah bergema di Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu kadar kenaikan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari RM2.50 ke RM4.50 menjadi perhatian Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit).

Beliau meminta Kementerian Perladangan Dan Komoditi menyatakan adakah kerajaan bercadang menaikkan kadar itu ketika mengemukakan soalan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

“Terdapat dua masalah berikutan pendapatan yang menyusut dalam kalangan pekebun-pekebun kecil. Pertamanya berkaitan dengan agihan IPG ini.

“Setakat manakah aplikasi Lembaga Getah Malaysia (RRIM) Niaga yang diperkenalkan dapat memastikan agihan sampai kepada pekebun-pekebun kecil,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan.

Beliau juga membangkitkan isu berkaitan penyakit pestalotiopsis yang menyerang ladang getah di seluruh negara.

“Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan dan perkembangan penyakit pestalotiopsis yang melanda ladang getah di negara kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/3/2023

- Advertisement -