Hadapi pluralisme dengan ilmu perbandingan agama

- Advertisement -

SEHARUSNYA umat Islam di negara ini turut diterapkan dengan ilmu perbandingan agama. Ia sangat perlu memandangkan masyarakat di sini majmuk sifatnya, memiliki pelbagai agama serta budaya yang juga terkait dengan kepercayaan.

Penerapan di peringkat awam tersebut bukan untuk cari gaduh dengan agama lain, usah terlalu apologetik. Sebaliknya untuk pemantapan aqidah agar dapat membezakan sempadan-sempadan agama. 

Al-Quran juga menggambarkan wacana perbandingan agama dihidupkan oleh Nabi saat bergaul dengan masyarakat Musyrikin bermula di Makkah dan kemudiannya mendepani Ahli Kitab di Madinah. Lihat sahaja ayat-ayat al-Quran yang membahas soal itu, yang turut membabitkan hujah-hujah akal.

Sampai bila kita mahu sekadar merasa khuatir dan reaktif dengan gaya tunjuk marah secara bermusim setiap kali gimik pluralisme serta pencerobohan terhadap batas agama dimediakan. Apatah lagi trend dunia hari ini ke arah faham agama secara pluralistik. 

Sedangkan kita tidak bicara sangat pun soal jati diri yang harus disediakan dalam rangka mendepani ancaman-ancaman tersebut. Barangkali kita rasa kita tidak akan terpengaruh, tetapi apa jaminan untuk generasi akan datang?

USTAZ ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD
6 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 6/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -