
‘GELOMBANG Hijau’ yang membadai seluruh negara sehingga memungkinkan PERIKATAN NASIONAL menyapu 74 kerusi Parlimen dalam PRU baru-baru ini adalah rata-rata isyarat kebangkitan politik masyarakat Melayu Islam.
Ini diakui oleh kebanyakan penganalisa politik apabila PN berjaya memperolehi sokongan sekitar 56 peratus undi dari para pengundi Melayu yang keluar mengundi di Semenanjung Malaysia.
Mengikut rekod PAS Selangor, 6 kerusi Parlimen yang dimenangi PN memperolehi sekitar 55.7 peratus undi dari pengundi Melayu yang keluar mengundi dengan Parlimen Kuala Langat mencatatkan rekod 72 peratus.
PAS Selangor yakin masyarakat Melayu bangkit melalui gelombang ini kerana bosan dan kecewa dengan kepimpinan Melayu yang cenderung rasuah, pincang moralnya dan gagal menepati janji.
Lantas PN menjadi pilihan yang diyakini.
Bagi PAS Selangor trend pengundi Melayu seumpama ini bersifat nasional dan tidak mengenal batas sempadan sebagaimana didakwa seorang ADUN PKR Selangor kononnya ia hanya berlaku di Kedah dan Kelantan.
Pengundi Melayu di mana sahaja termasuklah di Selangor hari ini cukup rasional dan menuntut sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti serta berwibawa.
Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang lemah, tidak kompeten dengan sekadar menabur janji kosong akan menjadi mangsa gelombang ini termasuklah di Selangor.
Rakyat mahukan sebuah kerajaan negeri yang benar-benar memahami dan mewakili kehendak dan aspirasi mereka, PAS Selangor menawarkan alternatif PERIKATAN NASIONAL dan yakin ianya pilihan majoriti rakyat khasnya para pengundi Melayu.
ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Badan Perhubungan PAS
Negeri Selangor
15 Rejab 1444/ 6 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 6/3/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!