Beri peruntukan kepada semua Ahli Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang wajar diberi peruntukan yang adil.

Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) berkata, keadilan dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya, manakala zalim meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

- Advertisement -

“Justeru itu, peruntukan projek pembangunan seharusnya adil kepada semua kawasan Parlimen kerana pada asasnya, kami juga dipilih oleh rakyat Malaysia,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga membangkitkan keadaan Jalan Persekutuan yang tidak dibaiki sepenuhnya sehingga kini.

“Saya khuatir kerana jalan ini merupakan nadi perhubungan rakyat di Parlimen Parit yang kebanyakannya golongan B40.

“Mereka menggunakan jalan-jalan ini bagi mencari rezeki dan meneruskan kehidupan seharian mereka. Jadi saya mohon Kementerian Kerja Raya memberi maklumat berkaitan isu ini,” katanya.

Ismi juga menyuarakan isu prasarana perumahan tersusun di Parlimen Parit yang perlu diberikan perhatian oleh pihak berkuasa. – HARAKAHDAILY 6/3/2023

- Advertisement -