Hidup manusia tidak tamat dengan kematian

- Advertisement -

PERJALANAN hidup manusia itu tidak tamat dengan kematian, setelah seseorang itu meninggalkan alam dunia.

- Advertisement -

Al-Quran menegaskan bahawa manusia itu akan dipanggil kembali kepada Allah Pencipta alam. Keadaan ini sudah pasti ada kaitan dengan tugas mereka diciptakan oleh Allah SWT.

Al-Quran menyatakan bahawa tujuan manusia itu diciptakan adalah untuk beribadat dengan maksud memperhambakan dirinya kepada Allah SWT semata-mata.

Di samping itu, manusia juga dituntut supaya berkhilafah bagi mentadbir urusan dunia dengan petunjuk Allah dan menunaikan amanah dalam melaksanakan petunjuk Allah daripada kitab-Nya.

Tugas manusia bukan sahaja dalam melakukan amal ibadat, kerana Allah SWT turut menugaskan manusia supaya memperhambakan diri dengan menjadi khalifah yang mentadbir urusan dunia dengan perintah Allah.

Khilafah itu ialah mentadbir dan menguruskan kehidupan dunia dengan berpandukan petunjuk Allah Pencipta alam.

Selain itu, tugas khilafah juga menetapkan segala urusan dunia dengan undang-undang-Nya melalui Islam (menyerah diri) yang ditugaskan kepada para rasul.

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Kuliah Duha Jumaat
10 Sya’ban 1444 – HARAKAHDAILY 4/3/2023

- Advertisement -