Suffi Kamari buat laporan polis terhadap Najib Bakar

Suffi Kamari menunjukkan laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis telah dibuat oleh Suffi Kamari terhadap Najib Bakar dan Yuwana TV, atas dakwaan menyebarkan kenyataan buruk yang berunsur fitnah terhadap beliau berkaitan kempen Perikatan Nasional di TikTok semasa Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15).

Beliau yang merupakan wakil Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak bertindak sedemikian, setelah Najib Bakar dan Yuwana TV menolak desakan permohonan maaf terhadapnya secara terbuka dalam masa 24 Jam dalam semua akaun laman sosial berhubung perkara tersebut.

- Advertisement -

“Saya membuat laporan polis ini bukan sahaja untuk mempertahankan reputasi saya, tetapi juga sebagai pengajaran kepada pengguna laman sosial agar berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat yang masih belum dibuktikan kesahihannya,” katanya.

Suffi hadir di Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak pada jam 3 petang Khamis, diiringi Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS negeri Selangor, Imran Selamat.

Menurutnya, TikTok Malaysia sendiri telah membuktikan bahawa saya tidak mempunyai sebarang akses seperti didakwa oleh Najib Bakar dan Yuwana TV. 

“Saya tiada masalah jika ada tiktokers atau mana-mana penyedia konten video laman sosial yang lain ingin menambah bilangan follower tetapi sebaik-baiknya sebarkan perkara yang sahih dan tidak menyebarkan sebarang fitnah,” katanya.  – HARAKAHDAILY 3/3/2023

- Advertisement -