PAS Kinabatangan tambah cawangan, ahli baharu

Jumaidin (kiri) menyerahkan borang keahlian baharu PAS Kawasan Kinabatangan kepada Abdul Aziz.
- Advertisement -

KINABATANGAN: PAS Kawasan Kinabatangan melakar sejarah melalui penambahan pendaftaran cawangan baharu terdiri daripada cawangan Kampung Pelangi dan Taman Bukit Permata.

Sementara dalam mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Kinabatangan kali ke-19 telah berlangsung di Sekolah Rendah Integrasi Islam (SRITI) Kinabatangan, baru-baru ini, PAS Kawasan Kinabatangan telah menerima sejumlah borang keahlian baharu daripada masyarakat sekitar Kinabatangan.

- Advertisement -

Borang-borang keahlian baharu itu telah diserahkan oleh Sekretariat Pendaftaran Keahlian, Jumaidin Lakalla kepada Yang DiPertua PAS Kawasan kinabatangan sesi baharu 2023-2025, Abdul Aziz Baitul Makmur.

“Borang keahlian yang diterima antaranya dari Kampung. Pelangi, Taman Bukit Permata, Kampung Sri Manis dan Kampung Sinar Jaya.

“Hal ini membuktikan bahawa masyarakat di Kinabatangan mula menerima serta menunjukkan kepercayaan dan memberi sokongan kepada PAS,” kata Abdul Aziz. – HARAKAHDAILY 3/3/2023

- Advertisement -