KINABATANGAN: PAS Kinabatangan melancarkan Tabung Pilihanraya RM100,000 Kinabatangan bagi menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi.
Tabung tersebut diserahkan kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan yang baru dilantik, Abdul Aziz Baitul Makmur sebagai gimik pelancaran semasa Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kinabatangan, baru-baru ini.
Tabung berkenaan juga turut diserahkan kepada semua ahli PAS Kinabatangan bagi menyahut seruan tersebut.
“Kita usahakan sepanjang dua tahun ini adalah untuk mencapai RM100,000 yang mana dana ini akan digunakan untuk tujuan kerja kerja pilihan raya pada dua tahun akan datang.
“Setiap ahli digalakkan untuk menabung sebanyak RM1,000 seorang bagi membantu menjayakan misi RM100,000 ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/3/2023