Jawatankuasa baharu Dewan Pemuda PAS Gombak

Abu Ubaidah (tengah), Mohd Khairul Yusri (kiri), dan Mohamad Kamarul Helmi.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) mengumumkan barisan kepimpinan jawatankuasa bagi sesi 2023-25.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Gombak, Abu Ubaidah Abdullah berkata, barisan kepimpinan baharu yang dilantik tersebut terdiri daripada gabungan tenaga agamawan, profesional dan aktivis masyarakat, bagi mengharungi badai perjuangan khususnya dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

- Advertisement -

Mengetuai barisan jawatankuasa baharu itu ialah Abu Ubaidah Abdullah dilantik sebagai Ketua Pemuda PAS kawasan Gombak.

Mohd Khairul Yusri Mat Jusof pula diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan Timbalan Ketua DPPG, manakala Mohamad Kamarul Helmi Mohamad Nawawi dilantik Naib Ketua DPPG.

Tambah Abu Ubaidah, seramai 27 orang lagi turut dilantik dalam barisan jawatankuasa baharu bagi mengisi pelbagai jawatan, termasuklah Setiausaha DPPG yang diberikan kepada Abdul Basith Abdul Halim, Ketua Penerangan (Mohamad Suffi Kamari), Bendahari (Mohd ‘Afif Abd Aziz), dan Pengarah Pilihanraya (Muhammad Syafiq Zahar).

“Staf kepimpinan DPPG memohon doa serta dokongan seluruh seluruh amilin Gombak dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/3/2023

- Advertisement -