SEHINGGA pukul 10 pagi ini, seramai 35,086 orang mangsa banjir telah dipindahkan di seluruh negara yang mana melibatkan Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.
Negeri Johor adalah negeri yang paling terkesan dengan 31,904 orang mangsa telah dipindahkan yang mana melibatkan 8,922 keluarga yang ditempatkan di 242 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Di Johor, daerah yang paling terkesan adalah daerah Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.
Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) Pusat telahpun mula menghantar sukarelawan ke Johor bermula semalam bagi membantu operasi bencana banjir manakala Khidmat Malaysia Negeri Johor telahpun menggerakkan seluruh Khidmat Malaysia di peringkat Parlimen sejak bencana banjir bermula beberapa hari yang lalu.
Khidmat Malaysia Pusat juga telah mengaktifkan Pusat Operasi atau Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Pusat bermula semalam untuk memantau dan menguruskan bantuan banjir di Johor.
Sebarang maklumat berkaitan bencana banjir boleh disalurkan ke Hotline Khidmat Malaysia di talian 011-14174789.
Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun KHIDMAT MALAYSIA (Maybank: 5623 8454 2866) untuk membantu mangsa bencana banjir yang terlibat.
Sekian, wassalam.
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
3 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 3/3/2023
Bencana banjir di Johor semakin serius
- Advertisement -