BARU-baru ini dalam Sidang Parlimen Datuk Seri Azalina Otman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), memberi satu jawapan bertulis mengenai isu hutang peneroka FELDA.
Katanya, pelupusan hutang RM8.3 bilion peneroka FELDA yang diperkenalkan zaman Kerajaan PN tidak dapat diteruskan. Dikhuatiri akan memberi impak besar kepada aliran tunai FELDA.
Kemudian, Pengerusi FELDA pula berkata sebaliknya. Sebahagian hutang berjumlah RM8.3 bilion sudah dihapuskan. Keputusan itu tidak pernah dibatalkan sesiapa termasuk Kerajaan PH-BN.
Semua peneroka yang pernah tandatangan perjanjian pelupusan hutang itu sudah pun mendapat manfaat dengan bayaran balik pinjaman yang rendah mengikut kemampuan.
Presiden Majlis Belia FELDA juga mengesahkan,
“Penghapusan hutang RM8.3 bilion tidak dibatalkan, sudah selesai dan berjaya dilaksanakan.”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1069547/peneroka-hanya-perlu-bayar-rm250-rm350
Lalu apa sebenarnya yang dimaksudkan Datuk Seri Azalina?
Sebelum ini Kerajaan PN bersetuju untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion melalui pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat.
Dengan makna, peneroka masih perlu membayar hutang mereka tetapi dalam jumlah yang lebih sedikit.
Daripada antara RM800 hingga RM1,000, hutang peneroka dikurangkan sehingga RM150 untuk peneroka getah dan antara RM250 hingga RM300 untuk peneroka sawit.
Tak cukup dengan itu, PN pernah terbitkan sukuk RM9.9 bilion dengan jaminan kerajaan bagi tujuan pelan pemulihan FELDA.
Peneroka FELDA suatu masa dahulu pernah diingatkan agar hati-hati memilih parti yang akan menjadi kerajaan selepas pada PRU-15. Jangan lupa apa yang telah dibuat PH selepas PRU14.
PH pernah batalkan bantuan musim tengkujuh yang diterima peneroka.
“Banyak manfaat dan bantuan diperoleh peneroka FELDA selama ini ditarik balik.”
“Jadi inilah peluang terbesar Umno untuk kembali menawan semula kawasan yang tumpas dengan terus menjaga kebajikan dan ekonomi peneroka FELDA terutama membabitkan harga komoditi,” – Pengerusi Majlis Belia FELDA Wilayah Raja Alias, Tauw Fek Maslam.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1017790/umno-berpeluang-rampas-semula-kawasan-felda
Inilah masanya suara keramat Umno perlu keluar sebagai parti Melayu terbesar dalam kerajaan hari ini yang sangat lantang memperjuangkan FELDA.
Adakah Umno kini tersepit dan dikepit suara mereka oleh puak yang sangat giur melemahkan kubu kuat dan ekonomi orang Melayu?
Jika nasib peneroka FELDA makin lemah di tangan kerajaan hari ini, siapa lagi yang mereka boleh harapkan selepas Umno mengkhianati kepercayaan mereka? DAP?
YB DATUK AWANG HASHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat
Ahli Parlimen Pendang – HARAKAHDAILY 3/3/2023
Apa nasib FELDA dalam Kerajaan PH-BN hari ini?
- Advertisement -