Pelumba basikal Itali didenda bunuh kucing menteri

Antonio Tiberi menghadapi risiko kehilangan status pemastautin di Itali selepas sabitan kesalahan membunuh kucing milik menteri pelancongan San Marino, Itali, Federico Pedini Amati. (FOTO: CNN)
- Advertisement -

SAN MARINO, Itali: Antonio Tiberi didenda sebanyak 4,000 euro (RM19,034) selepas membunuh kucing menteri pelancongan San Marino dengan tembakan senapang angin.

Jurucakap mahkamah berkata bahawa sebuah mahkamah di San Marino telah menjatuhkan  hukuman denda terhadap pelumba basikal profesional Itali itu, selepas dia mengaku bersalah menembak seekor kucing milik menteri pelancongan republik kecil itu, Federico Pedini Amati, lapor CNN.

- Advertisement -

Warga Itali yang tinggal di San Marino itu, juga berisiko kehilangan status pemastautin selepas sabitan kesalahan.

Tiberi mengaku menguji senapang angin yang dibelinya pada Jun lalu dengan menyasarkan ke arah kepala kucing milik Pedini Amat yang merupakan jirannya, yang menurut kenyataan mahkamah bahawa kucing itu mati di lokasi kejadian.

Tiberi, 21, yang memenangi gangsa ujian masa di Kejohanan Jalan Eropah Junior pada 2018 dan emas ujian masa di Kejohanan Dunia Jalan Junior pada 2019, memohon maaf atas insiden itu di Twitter.

“Saya amat menyesali tindakan yang memalukan itu,” tweetnya.

“Saya melakukan sesuatu yang sangat bodoh dan tidak bertanggungjawab, tak menyedari akan bahaya yang saya sedar hanya selepas perbuatan itu. Saya tidak mahu berdalih lagi.”

Tiberi menambah bahawa dia akan mendermakan wang hadiahnya daripada kemenangan musim ini kepada organisasi kebajikan haiwan di San Marino, serta menjadi sukarelawan dengan organisasi tersebut secara peribadi.

Menteri Pelancongan San Marino, Federico Pedini Amati.

Pasukan Trek-Segafredo yang menaunginya juga turut menghantar tweet respons, mengutuk Tiberi atas perbuatannya itu dan mengumumkan bahawa ia akan menggantung pelumba basikal selama sekurang-kurangnya 20 hari tanpa gaji, yang akan merangkumi tiga perlumbaan di Itali.

Kenyataan pasukan itu berkata ia akan mendermakan gaji Tiberi yang digantung itu  kepada organisasi penjagaan, perlindungan dan penyelamat yang sesuai.

“Trek-Segafredo ingin mengulangi kekecewaan besarnya terhadap tingkah laku Antonio,” kata kenyataan itu.

“Pasukan ini berusaha untuk membantu pelumba meningkatkan bukan sahaja sebagai atlet, tetapi sebagai lelaki dan wanita.

“Pasukan akan bekerjasama rapat dengan Antonio untuk memastikan dia mendidik dirinya sendiri dan mengharapkan dia mengambil langkah yang perlu untuk menyatakan penyesalannya dan menjadi orang yang lebih baik.”

Sementara itu, Pedini Amati memberitahu akhbar Itali, Corriere Della Sera bahawa kucingnya  itu adalah haiwan kesayangan anak perempuannya yang berusia tiga tahun, Lucia.

Menteri tersebut sehubungan itu mengutuk hukuman ringan dan denda berkenaan, dan  sebaliknya menggesa kewarganegaraan Tiberi dilucutkan.

“Anda tidak boleh membunuh haiwan peliharaan dan hanya dikenakan denda sebanyak 4,000 euro. 

“Saya menghargai bahawa pemuda itu mengakui fakta (dia membunuh kucing) itu, tetapi setelah berkata demikian, kita tidak perlu mengekalkan kewarganegaraan  kepada orang-orang seperti ini,” katanya.  – HARAKAHDAILY 2/3/2023

- Advertisement -