Bekas pemain hoki wanita Pakistan maut kapal karam

Shahida Raza merupakan antara mangsa yang terkorban dalam kejadian kapal pendatang asing yang karam di pantai Itali pada 26 Feb 2023. (FOTO: Geo Super)
- Advertisement -

CUTRO, Itali: Bekas pemain hoki wanita Pakistan, Shahida Raza adalah antara sekurang-kurangnya 67 orang yang terbunuh tragedi kapal pendatang asing  yang yang karam di luar pantai Itali.

Kapal itu, yang dipercayai pihak berkuasa tempatan membawa sehingga 200 pendatang asing, tenggelam dalam laut bergelora sebelum subuh pada Ahad (26 Feb) lalu berhampiran Steccato di Cutro, sebuah pusat peranginan tepi laut di selatan Itali, lapor TRT World.

- Advertisement -

Pihak berkuasa Itali berkata, enam belas kanak-kanak adalah antara yang maut dalam kalangan pendatang asing yang berada di atas kapal yang kebanyakannya dari Afghanistan tetapi juga dari Pakistan, Syria, Wilayah Palestin, Iran dan Somalia.

“Pihak berkuasa Pakistan telah memaklumkan kepada keluarga Shahida Raza bahawa pemain hoki pasukan kebangsaan Pakistan itu terkorban dalam kemalangan menaiki kapal di luar pantai Itali,” kata penggubal undang-undang dari wilayah Balochistan, Qadir Ali Nayel kepada agensi berita Reuters lewat Rabu (1 Mac), waktu tempatan.

Raza berusia 27 tahun dan berasal dari wilayah barat daya Pakistan,  juga merupakan seorang pemain bola sepak dengan kelab tempatan.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Balochistan dalam satu kenyataan telah melahirkan rasa dukacita atas kematian Raza, bahawa sepanjang kerienya arwah membawa penghormatan kepada wilayah dan negara.  – HARAKAHDAILY 2/3/2023

- Advertisement -