Banjir: MB Terengganu hubungi MB Johor pagi ini

Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menghubungi Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bagi bertanya tentang keadaan banjir di negeri itu, jam 8.20 pagi ini.

- Advertisement -

Beliau juga bertanya mengenai mangsa banjir dan apa apa bantuan yang diperlukan pada waktu ini.

“Saya juga maklum kepada beliau bahawa Terengganu akan menggerakkan pasukan sukarelawan dari pelbagai unit seperti T-Volts, Khidmat Malaysia, Jabatan Amal dan lain-lain untuk membantu proses pembersihan pasca banjir nanti insya-Allah.

“Moga rakan taulan di Negeri Johor Darul Takzim tabah dan bersabar dengan ujian ini,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, pagi ini.

Sementara itu, situasi banjir di negeri selatan tanah air itu semakin buruk.

Sehingga jam 8.00 pagi ini, dilaporkan sejumlah 25,213 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 7,013 keluarga yang dipindahkan ke 187 PPS. – HARAKAHDAILY 2/3/2023

- Advertisement -