KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi berjanji memberi perhatian terhadap isu yang dibangkitkan oleh Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai lambakan doktor pelatih yang tidak ditempatkan di hospital.
Dr Abdul Ghani dalam soalannya menyatakan kesan kerajaan mewujudkan pengkhususan dalam bidang pendidikan di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara, iaitu dari sudut pengangguran akibat daripada banyak bidang pengkhususan yang diwujudkan
“Satu contoh ialah lambakan graduan perubatan untuk menjalani latihan di hospital kerajaan dilihat berlaku lambakan mereka tidak ditempatkan di hospital,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan, terutama Kementerian Pendidikan Tinggi menyatakan langkah mengatasi isu lambakan doktor pelatih kerana memberikan kesan terhadap hospital berikutan bilangan pesakit semakin bertambah, tetapi doktor pelatih tidak ditempatkan.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal, sebelum itu menjawab soalan asal Lo Su Fui (GRS-Tawau) yang membangkitkan isu penubuhan universiti di Tawau bagi memenuhi keperluan pelajar di Pantai Timur Sabah. – HARAKAHDAILY 1/3/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!