Pangkalan laut perlu kondusif untuk tentera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Status program penyelenggaraan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PLTSR) yang berfungsi selama tujuh tahun di Pantai Timur Sabah mendapat perhatian Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah).

Beliau yang juga mantan Timbalan Menteri Pertahanan meminta kerajaan menyatakan status program penyelenggaraan PLTSR ketika sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

Selain itu, Ikmal Hisham ingin tahu jumlah bajet yang diperuntukkan bagi program refit pangkalan ini bagi memastikan anggota yang ditempatkan di pangkalan tersebut sentiasa mendapat kemudahan kondusif dan selesa.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, ketika menjawab persoalan ini memberitahu bahawa PLTSR sedang menjalani penyelenggaraan rutin refit yang dirancang siap pada 20 Mac ini.

“Refit merupakan program penyelenggaraan secara menyeluruh ke atas pangkalan laut ini yang dilaksanakan oleh limbungan tempatan dengan nilai kontrak sebanyak RM11.4 juta yang dianugerah melalui proses tender terbuka,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/3/2023