Keluarga mangsa insiden perlu perhatian pihak berwajib

- Advertisement -

SEBULAN berlalu, belum ada perhatian yang sewajarnya kepada semua mangsa.

Mereka merupakan kumpulan penduduk yang terkesan dalam insiden pokok tumbang di Balok Baru dalam sebulan yang lalu.

Ada yang kematian ahli keluarga, tercedera dan rosak harta benda.

Rujukan:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=610828957716441&id=100063680255326&mibextid=Nif5oz

Saya bertemu dengan kesemua yang terlibat bagi mengambil maklum perkembangan terkini berhubung sebarang bantuan atau pampasan yang diterima mereka.

Malangnya belum ada yang diterima daripada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab. Hanya sekadar ziarah dan sedikit saguhati kepada salah satu keluarga.

Insya-Allah saya akan usahakan supaya mereka akan diberi perhatian sewajarnya.

Apatah lagi nilai kehilangan atau kerugian yang ditanggung agak besar.

Setakat ini permohonan saya untuk bertemu dengan pihak berkuasa berkaitan belum mendapat maklum balas yang diharapkan.

YB ANDANSURA RABU
ADUN Beserah – HARAKAHDAILY 1/3/2023

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!