8 gol, 4 perlawanan: Ronaldo pemain terbaik SPL

Ronaldo menjaringkan 8 gol dalam 4 perlawanan selepas sebulan menyertai Al-Nassr. (FOTO: Saudi Gazette)
- Advertisement -

RIYADH: Cristiano Ronaldo telah memenangi anugerah pemain terbaik untuk bulan Feb 2023 yang disampaikan oleh Liga Pro Saudi (SPL).

Bintang lagenda Portugal yang menyertai Kelab Al-Nassr Riyadh pada awal Jan itu menikmati bulan yang menakjubkan, apabila beliau menyumbang kepada 10 gol terakhir oleh Al-Nassr – menjaringkan lapan gol dan membuat dua bantuan jaringan.

Persembahan hebat kapten Al-Nassr ini membantu pasukan mengekalkan cengkaman mereka di puncak Liga Pro Saudi. 

- Advertisement -

Bulan pertama Ronaldo di Al-Nassr dimulakan dengan persembahan yang mantap menentang Al-Fateh, yang  mana beliau telah menjaringkan sepakan penalti untuk menyelamatkan pasukannya, walaupun Al-Nassr telah menurunkan 10 pemain. 

Seterusnya, Ronaldo  telah menjaringkan empat gol menentang Al-Wehda pada awal Feb; menggenapkan gol ke-500 liga kerjaya bolasepaknya.

Dalam perlawanan selepas kekalahan dramatiknya di Al-Wehda, Ronaldo membantu kedua-dua gol menentang Al-Taawoun dalam kemenangan 2-1. 

Pada Sabtu lalu, Ronaldo menjaringkan hatrik yang luar biasa dalam masa 25 minit pada separuh masa pertama perlawanan, membawa Al-Nassr Club menang 3-0 ke atas Damac FC.

Anugerah jurulatih terbaik diberikan kepada Vicente Moreno Sepanyol, jurulatih Al-Shabab, untuk kali ketiga pada musim ini. 

Penjaga gol Ittihad, Marcelo Grohe dari Brazil [pula menggondol anugerah penjaga gol terbaik.

Buat kali kedua musim ini, pemain Abha Nawaf Al-Saadi memenangi anugerah pemain paling berpotensi untuk bulan Feb.

Dengan permulaan musim baharu, SPL mengumumkan untuk meneruskan anugerah bulanannya untuk jurulatih, pemain, penjaga gol dan pemain terbaik, bagi musim kelima berturut-turut dalam pertandingan Liga Roshen Saudi.

Pasukan teknikal SPL yang terlibat dalam proses pemilihan pemenang termasuklah Turkiye Al-Sultan, Sultan Al-Lahani, Khaled Al-Shanif, Manaf Abu Shaqir, dan Obaidallah Al-Essa.

Pemenang dipilih mengikut beberapa kriteria teknikal dan statistik yang disediakan oleh Opta, rakan statistik SPL.  – HARAKAHDAILY 1/3/2023

- Advertisement -