Sewa tanah kerajaan untuk pertanian

Datuk Idris Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh bergantung selamanya kepada barangan import terutamanya barangan makanan, kata Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai).

- Advertisement -

“Selagi kita bergantung kepada barangan import selagi itulah masalah kenaikan harga barang tidak akan selesai,” ujarnya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar di Dewan Rakyat, petang semalam.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar dilaksanakan penyewaan tanah milik kerajaan kepada mereka yang berminat khususnya anak muda bagi tujuan pertanian.

Katanya, antara langkah segera yang perlu dilaksanakan adalah dengan melaksanakan penanaman sayuran skala besar dan melibatkan pelbagai jenis sayur yang boleh dihasilkan pengeluaran segera dalam tempoh kurang daripada enam bulan.

Oleh yang demikian, ujar beliau antara perkara yang boleh dilaksanakan adalah dengan menyewakan tanah milik kerajaan yang bersesuaian secara percuma selama dua tahun.

Beliau menambah, tempoh penyewaan boleh diperbaharui untuk mengusahakan tanaman berasaskan sayuran yang mampu untuk menampung keperluan makanan rakyat Malaysia sekiranya berlakunya krisis yang luar biasa.

Idris yang juga Naib Presiden PAS mencadangkan Kerajaan Pusat dan negeri perlu memastikan stok makanan dengan memperkenalkan Bank Makanan untuk berhadapan dengan krisis makanan yang lebih mencabar. – HARAKAHDAILY 28/2/2023

- Advertisement -