Sahar kekal terajui PAS Sandakan

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Sandakan kali ke- 33 di Sandakan, Sabah.
- Advertisement -

SANDAKAN: Sahar Abdul Majid kekal menerajui kepimpinan PAS Kawasan itu bagi sesi 2023/2025, apabila beliau telah diumumkan menang tanpa bertanding.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Sandakan, Haiqal Ramli berkata, kedua-dua Rijaluddin Ansar dan Saifullah Abdul Rahman masing-masing  juga kekal menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan itu.

Menurut Haiqal, pemilihan jawatankuasa pada tahun ini berdasarkan pencalonan daripada Dewan Pemuda Kawasan dan Dewan Muslimat Kawasan.

“Saya berpuas hati dengan pencalonan yang ada dan memutuskan kesemua calon telah menang tanpa bertanding,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Sandakan kali ke-33.

Antara Jawatankuasa Kerja lain yang turut menang ialah Ramlan Pandi, Imran Radzi, Mustaman Mustain, Rahman Johari, Wani Ramlan, Nafsah Dulajis, Sulaiman Samad, Awang Kecil, Norhasimah Hussin, Jabal Neor, Suhaimi Hussin, Ramlan Rahimin dan Norfaezah Junaidi.

Selain itu, beberapa muka baharu turut ditampilkan dalam kepimpinan kali ini, termasuk Hamzah Ali, Mohamad Idris dan Shaqina Ebrahim. – HARAKAHDAILY 28/2/2023

- Advertisement -