RM503.3b rizab antarabangsa BNM pada 31 Dis 2022

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa BNM pada 31 Disember 2022 berjumlah USD114.6 bilion iaitu bersamaan dengan RM503.3 bilion.

- Advertisement -

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahmad Fadhli Shaari [PN-Pasir Mas] di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Fadhli meminta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah rizab negara pada 31 Disember 2022 dan apakah trend pertambahan atau penyusutan jumlah tersebut menjelang pada hujung tahun 2023.

Secara umumnya, kata kementerian itu paras rizab antarabangsa adalah dipengaruhi oleh aliran keluar masuk perdagangan, dana pelaburan dan portfolio.

“Dalam jangka masa panjang, paras rizab antarabangsa negara dijangka mengukuh melalui lebihan penerimaan pertukaran wang asing yang dipengaruhi oleh kegiatan teras ekonomi negara serta pasaran kewangan domestik dan antarabangsa yang stabil,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/2/2023

- Advertisement -