Lebuh Raya Timur Barat terlalu teruk

Fathul Huzir Ayob
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lebuh Raya Timur Barat (LRTB) yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat sering menyebabkan kemalangan maut sehingga digelar sebagai jajaran maut oleh pengguna.

- Advertisement -

Memahami kebimbangan itu, Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik) meminta Kementerian Kerja Raya menyatakan langkah dan usaha yang dilakukan untuk menaik taraf atau membina semula jalan berkenaan.

“Lebuh raya berusia lebih 40 tahun itu merupakan jalan utama menghubungkan negeri di Pantai Timur ke Pantai Barat seperti Perak, Kedah dan Pulau Pinang,” katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Oleh kerana laluan terlalu teruk, Zahari Kechik (PN-Jeli) dalam soalan tambahan turut meminta kementerian menjelaskan mengenai langkah dalam jangka masa pendek untuk memberi keselesaan kepada pengguna untuk mengurangkan kadar kemalangan.

Menjawab pertanyaan itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pemantauan berskala dilakukan bagi mengenal pasti kawasan ‘black spot’ yang perlu dibaiki.

“Kita telah membuat pemantauan kerja berskala dan mendapati keputusan yang mana jalan perlu dibaiki, iaitu kawasan ‘black spot’ yang merbahaya kepada pengguna dan kita akan beri keutamaan

“Bagaimanapun, satu peruntukan besar amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah berkenaan tetapi kita terpaksa memilih kawasan ‘black spot’ dan bergantung kepada Jabatan Kerja Raya daerah bagi mengemukakan permohonan dan sebagainya,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/2/23

- Advertisement -