Kerajaan Selangor gagal membendung rasuah

- Advertisement -

KENYATAAN Pengarah SPRM Selangor yang mendedahkan bahawa kumpulan penjawat awam di negeri ini adalah yang paling ramai terjebak dengan jenayah berkaitan rasuah cukup membimbangkan.

Menurut beliau 55 peratus daripada mereka yang ditahan SPRM dalam tempoh lima tahun sejak 2018 adalah penjawat awam.

PAS Selangor menganggap masalah ini adalah berkait rapat dengan kegagalan pimpinan politik dalam kerajaan negeri membimbing dan menutup ruang dan peluang rasuah dalam pentadbiran negeri.

Sesungguhnya dasar dan halatuju Kerajaan Negeri diputuskan oleh kepimpinan politik yang berkuasa. Kepimpinan kerajaan negeri yang lemah dan lesu akan membuka pintu pagar kepada pelbagai permasalahan moral dalam negeri.

Kenapa negeri lain tidak menanggung beban ini kecuali Selangor?

Kerajaan Negeri Pakatan Harapan perlu serius dan mengambil tanggungjawab memastikan yang penjawat awam sentiasa terbela nasib serta kebajikan mereka, diberikan kesedaran dan pendedahan moral yang berterusan agar gejala seumpama ini tidak lagi berleluasa.

Rakyat Selangor mahukan kerajaan yang bersih dan berintegriti. Rakyat Selangor benci dan menolak rasuah.

DATO’ DR AHMAD YUNUS HAIRI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
28 Februari 2023/ 7 Syaaban 1444 – HARAKAHDAILY 28/2/2023

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!